Thursday, January 1, 2009

Sengsara kerana lelaki kemboja

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@kosmo.com.my




NORAISYAH menangis teresak-esak ketika memeluk ibunya, Fatimah Shahdan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


SEPANG – Dia sanggup ‘bernikah’ senyap-senyap dengan lelaki Kemboja, lari meninggalkan Malaysia tanpa khabar berita selama empat tahun dan akhirnya mendapat balasan apabila hidupnya terseksa semata-mata kerana penangan cinta lelaki negara berkenaan.

Pengalaman wanita ini, Noraisyah Syed Mohd, 27, telah keluar daripada kes biasa yang melibatkan wanita tempatan lari mengikut lelaki dari Lombok, Indonesia atau Pakistan. Dugaan yang dihadapinya lebih teruk.

Noraisyah mendakwa dia bukan sahaja jadi mangsa buli suami yang dulu penyayang tetapi bertukar menjadi kaki pukul tetapi juga tertekan hidup dalam keluarga mentua di Kemboja yang saban hari berjamu makanan haram.

“Lebih pilu saya tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan terpaksa makan makanan yang haram kerana keluarga suami makan babi,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Noraisyah yang kelihatan cengkung, tiba bersama dua anaknya hasil hubungan dengan lelaki tersebut, Mohd. Azri Haikal, 4, dan Mohd. Fauzi, 18 bulan.

Wanita itu dengan nada sayu menceritakan, dia mengenali lelaki tersebut yang namanya Islamnya Mohamad Abdullah, 30, sewaktu mereka bekerja di sebuah kilang elektronik di Senai, Johor dan berkahwin secara senyap dengan mendakwa dinikahkan oleh seorang lelaki warga Kemboja pada 2004.

Perkahwinan mereka bagaimanapun tidak didaftarkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...