Sunday, February 8, 2009

Alatan/barangan Nizar dibuang dari pejabatnya

Dilulus terbit pada Saturday, February 07 @ 02:37:40 MYT olehTokPenghulu

BeritaOleh Malayakita

 IPOH: 6 FEB: Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin seperti biasa ke pejabatnya pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasmi Menteri Besar. Nizar bersama barisan exco Kerajaan Pakatan Rakyat tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup.

Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi tidak diendahkan. Nizar kemudian, keluar dari keretanya dan menemui pengawal dan sejurus kemudian pintu pagar utama kelihatan dibuka.

Nizar dan para exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu. Beliau kemudian menaiki lif di pejabatnya diikuti sidang akhbar.

Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosongkan dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan kebenaran serta pengetahuannya tanpa menghormati kuasa seorang menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.

“Saya meminta rakyat bertenang…,” katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.  Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.

Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman. Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri besar dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.

Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.

9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar.

9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk.

Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum diganggu Dr Rahman dan Azisman.

Dr Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Ham kelihatan memberitahu sesuatu pada Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK

10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan Dr Rahman SS. END

http://anuarhashim.com/


http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2204&mode=thread&order=0&thold=0


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...