Thursday, March 5, 2009

Waran tangkapPresiden Sudan

Waran tangkapPresiden Sudan


Omar


THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Beshir kerana pembabitannya dalam peperangan di Darfur.

"Hari ini (semalam), kamar praperbicaran Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan untuk jenayah peperangan dan jenayah kemanusiaan," kata jurucakap mahkamah, Laurence Blairon.

Omar, 65, berhadapan lima tuduhan jenayah kemanusiaan dan dua jenayah perang.

Dalam satu sidang akhbar, Blairon berkata, Omar bertanggungjawab terhadap penghapusan, merogol dan memaksa pengunduran penduduk awam secara besar-besaran dari wilayah barat Sudan yang menyaksikan ramai penduduk terbunuh sejak enam tahun lalu.

Kata Blairon, Omar dan pemimpin-pemimpin tertinggi politik serta ketenteraan merancang serangan tersebut.

Sementara itu, Liga Arab menyatakan, waran tangkap itu mempunyai kesan berbahaya manakala Kesatuan Afrika meminta Majlis Keselamatan menggantung prosiding ICC.

Badan dunia menyatakan hampir 300,000 orang awam di Darfur mati sejak konflik tersebut berlaku pada 2003 kerana penduduk minoriti berketurunan Afrika memberontak bagi mendapatkan sumber serta kuasa daripada majoriti penduduk Arab. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...