Thursday, March 5, 2009

Penuntut boleh pinjam RM50,000

Penuntut boleh pinjam RM50,000





KUALA LUMPUR - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berminat berniaga secara sambilan ketika masih dalam pengajian boleh membuat pinjaman sehingga maksimun RM50,000.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penuntut terbabit boleh membuat permohonan apabila Skim Usahawan Siswa diperluaskan ke semua IPTA mulai tahun 2011.

"Buat permulaan skim ini telah dilaksanakan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai perintis dengan peruntukan daripada kementerian sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM10 juta," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.

Saifuddin berkata, permohonan boleh dibuat menerusi pihak pentadbiran UniKL dan kadar faedah bayaran balik pinjaman sebanyak empat peratus sebulan. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...