Thursday, March 5, 2009

Menyamun masa ponteng - Tujuh pelajar sekolah ditahan menceroboh rumah doktor


MANGSA menunjukkan kesan umpilan pada tingkap rumahnya di Taman Haji Nik Mat, Pasir Puteh yang diceroboh pelajar baru-baru ini.





KOTA BHARU - "Saya memang syak rumah saya dimasuki oleh pelajar yang ponteng sekolah kerana mereka sering berkumpul di kebun getah belakang rumah saya."

Demikian penjelasan seorang doktor dari klinik swasta berikutan penahanan tujuh pelajar yang disyaki menceroboh rumahnya di Taman Haji Nik Mat, Pasir Puteh dekat sini dan melarikan pelbagai jenis barangan elektronik pada Ahad lalu.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kebun getah tersebut telah sekian lama menjadi tempat melepak bagi pelajar yang ponteng sekolah dan telah dimaklumkan kepada pihak sekolah namun tiada tindakan diambil.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, pelajar yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu menceroboh rumah itu ketika doktor tersebut tiada di rumah.

Ketujuh-tujuh pelajar terbabit ditahan di rumah masing-masing di sekitar daerah ini kira-kira pukul 11 pagi Isnin lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...