Monday, May 18, 2009

200,000 pekerja asing dibuang

KUANTAN - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, lebih 200,000 pekerja asing di negara ini telah diberhentikan kerja dalam tempoh Oktober 2008 sehingga awal Mei 2009.

Beliau berkata, pemberhentian pekerja asing di negara ini berikutan krisis ekonomi global semakin rendah tahun ini berbanding penghujung tahun lalu.

"Pemberhentian pekerja lebih tinggi pada penghujung tahun lepas ketika krisis global dilihat mula meruncing dan mulai tahun ini sehingga Mei lepas, pemberhentian pekerja dilaporkan semakin berkurangan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Pekerjaan peringkat negeri Pahang 2009 di sini, semalam.

Mengenai program karnival itu, Maznah berkata, sebanyak 38 majikan menyertainya dan menawarkan lebih 5,000 jawatan kosong dalam pelbagai kategori.

"Kita berharap karnival ini dapat dimanfaat sepenuhnya kepada mereka yang masih mencari pekerjaan,'' katanya. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...