Monday, May 18, 2009

Bayi lapan bulan hidap kanser prostat


RUDDI WATERWORTH JONES bergambar bersama 
ibunya, Alison di London baru-baru ini.


LONDON - Seorang bayi, Ruddi Waterworth Jones didapati menghidap barah prostat pada usia lapan bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu serta bapa bayi itu, Alison dan Craig berkata, anak mereka sedang bergelut dengan penyakit tersebut yang kebiasaannya dihidapi lelaki dalam lingkungan usia 60-an dan ke atas.

"Saya tidak dapat membayangkan dia diserang barah seawal usia tujuh bulan, lebih-lebih lagi menghidap ketumbuhan seperti ini," kata Alison.

Menurutnya, Ruddi disahkan menghidap barah pada bulan lalu.

"Doktor-doktor turut menyatakan mereka belum pernah melihat penyakit itu menyerang bayi sebelum ini.

"Kami juga tidak dapat menerima hakikat itu," tambahnya.

Ruddi mula menjalani rawatan kemoterapi sejurus selepas itu tetapi disebabkan usianya yang begitu muda, dia hampir menemui ajal akibat kegagalan hati kesan rawatan tersebut.

"Kami sudah putus asa ketika itu. Namun, Ruddi bayi yang cekal dan berjaya melalui rintangan tersebut," ujar ibunya.

Kini, pasangan berkenaan sedikit lega selepas para doktor memberitahu, bayi mereka mempunyai peluang lebih 60 peratus untuk sembuh daripada penyakit maut itu.

Ruddi akan menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan lagi sebelum menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada badannya.

Sebelum melahirkan Ruddi, Alison, 37, pernah dua kali keguguran. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...