Saturday, May 8, 2010

1,441 rakyat Malaysia ditahan di luar negara

KUALA LUMPUR - Sehingga semalam, seramai 1,441 rakyat Malaysia dilaporkan ditahan dalam penjara di 59 buah negara atas pelbagai kesalahan, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong.

"Pecahan mengikut jenis kesalahan ialah kesalahan dadah 733 orang, kes dokumen palsu dan kad kredit 243 orang, masalah imigrasi 72 orang dan pemerdagangan manusia 40 orang.

"Jenayah pemerdagangan 93 orang, mencuri 74 orang, membunuh 17, penipuan 47 orang dan kesalahan-kesalahan lain 122 orang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...