Thursday, October 7, 2010

Kedua-dua isteri boleh mohon fasakh di mahkamah

2010/10/07

KUALA LUMPUR: Suspek yang menyimbah petrol dan mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup bukan saja berdepan hukuman akibat perbuatan jenayahnya itu, malah boleh kehilangan kedua-dua isteri di bawah undang-undang keluarga.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata kedua isteri lelaki terbabit boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan fasakh di Mahkamah Syariah dengan alasan keganasan rumah tangga serta berpoligami tanpa kebenaran dan pengetahuan.


“Selain di Mahkamah Sivil, lelaki terbabit boleh juga diambil tindakan di Mahkamah Syariah. Isteri pertama ada hak untuk meminta fasakh atas alasan poligami tanpa pengetahuannya dan berlaku unsur penipuan ketika poligami.


Isteri kedua juga boleh meminta fasakh dengan sebab keganasan rumah tangga. Jadi, kedua-dua isteri boleh minta fasakh dan dia boleh hilang isteri,” katanya, diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai tindakan luar kawalan lelaki terbabit ke atas isteri keduanya.


Suspek berusia lewat 30-an itu bertindak liar selepas rahsia perkahwinan pertama terbongkar, ditambah dengan masalah perebutan anak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kedua-duaisteribolehmohonfasakhdimahkamah/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...