Sunday, November 14, 2010

Banjir: Rugi teruk kerana sistem maklumat lemah



ALOR SETAR - Sistem penyampaian maklumat amaran bencana alam di Kedah perlu dipertingkatkan segera bagi membolehkan semua pihak membuat persediaan awal.

Komander Rejimen 513 Askar Wataniah, Brigadier Jeneral Datuk Seri Tunku Puteri Intan Syafinaz Tuanku Sultan Abdul Halim berkata, Kerajaan Negeri dan Pusat perlu bekerjasama mewujudkan jawatankuasa untuk merangka pelan tindakan bencana alam bagi memastikan risiko kemusnahan harta benda dan nyawa dapat dikurangkan.

Menurutnya, kemusnahan teruk harta benda yang dialami kebanyakan mangsa banjir di Kedah disebabkan tiada persediaan rapi untuk menghadapinya walaupun terdapat amaran Jabatan Meteorologi Malaysia kemungkinan berlaku bencana banjir sebelum itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...