Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir
 Hafiz Yatim
Dis 14, 10
4:41pm
Dis 14, 10
4:41pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada  peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana  Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah  lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.
 Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang  berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh  berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.
“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.
 Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri  kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat  Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua  pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang  dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.
“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.
Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.
http://malaysiakini.com/news/150780
 
No comments:
Post a Comment