"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.
"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.
Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.
Sementara itu, ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti-Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.
Anti Cina
"Perdana Menteri diberi gambaran  yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana  Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura  memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri  Singapura."Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana  Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan  ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan  dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata  beliau.
Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan  ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan  Malaysia.
"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka  mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan  antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.
"Kita bimbang  tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan  mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.Sementara itu, ahli parlimen PKR akan memulakan usaha  mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada  sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney  Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.
Adili semua kabel
Mereka juga akan  membantu memulakan kempen untuk mendapatkan semua kabel-kabel ini untuk dinilai  secara adilnya oleh rakyat Malaysia.
Ahli parlimen Batu, Tian Chua  (atas, kiri) yang juga pengarah strategik PKR petang semalam ke  Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik  pulau itu.Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan  mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang  menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh  seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara  itu.
'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald  Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan  Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang  bukti kukuh.
http://malaysiakini.com/news/150827
 
 
No comments:
Post a Comment