Syor berkenaan juga telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. 
Usul itu dijangka dibahaskan oleh ahli dewan pada Khamis yang akan  memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau  sebaliknya.
Mohammed Nazri pada 22 April lalu telah mengemukakan usul  untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang  dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam Apco Worldwide yang  dilantik oleh kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri  Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan wakil rakyat  Permatang Pauh itu adalah tidak benar. 
"Beliau telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli  Parlimen. Oleh yang demikian jawatankuasa memutuskan dan bersetuju Yang  Berhormat Permatang Pauh hendaklah digantung tugas daripada jawatannya sebagai  ahli Parlimen selama enam bulan," katanya dalam laporan jawatankuasa berkenaan.  
Menghina pengerusi
Menurut laporan itu, jawatankuasa berkenaan juga amat memandang berat  tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelurgor) yang secara berterusan membuat  pelbagai dakwaan menghina terhadap Pengerusi Jawatankuasa  itu.
"Jawatankuasa turut melahirkan kekesalan terhadap kelakuan Yang  Berhormat Bukit Gelugor yang tidak menghormati dan memperkecilkan sesama ahli  jawatankuasa lain," katanya.
Bagi memastikan perkara seumpamanya tidak  berlaku lagi di masa akan datang, Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya  dikenakan pencelaan kepada Karpal Singh. 
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai  oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee,  Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri  (BN-Batang Sadong), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali  Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar  terhadap Apco itu.
Karpal dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada  keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam  jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat  penjelasan daripada Apco dan handsard Dewan Rakyat.
 
 
No comments:
Post a Comment