IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat  Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali  memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Terkini  melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan  menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu  ini.
“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan  insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan  kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat  Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Tambahnya lagi,  seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan  menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak  rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas  beliau ucapkan.
Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada  setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar  kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.
Sedangkan hanya  RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan,  katanya
“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan  khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri  Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun  ini
“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500  diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau  Pinang berikan semua.
“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar,  kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak  positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh  rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.
Menurutnya lagi yang juga Ketua  Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan  Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah  suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan  kenaikan harga barang.
“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di  seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut  jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada  kakitangannya, ” katanya.
“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah  kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal  menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU  13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29848:pegawai-pulau-pinang-rm1300-pusat-hanya-rm500-&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment