Dis 24, 10
3:54pm
"Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan," tulis beliau dalam blognya hari ini.
"Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal," tegasnya.
Sebelum ini, Dr Mohd Asri mengulas  mengenai penangkapan beramai-ramai pengikut Syiah di Gombak oleh Jabatan Agama  Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini yang dibimbanginya akan menimbulkan  ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.
Setakat ini, dua  daripada mereka telah didakwa di mahkamah rendah Syariah di Kuang manakala yang  lainnya selesai diminta memberi keterangan dan dijangka didakwa Mac tahun  depan.Dalam tulisannya hari ini, Dr Mohd Asri menegaskan golongan  'Ahlus Sunnah' mengambil pendirian yang berbeza dalam isu  sejarah.
Katanya, timbulnya mazhab Syiah ekoran berlakunya pertelingkahan  antara sahabat Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu, beliau memetik  pandangan ulama Ibn Taimiyyah sebagai berkata Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil  sikap "mendiamkan diri tentang pertelingkahan antara para sahabat dan berlepas  diri daripada sikap kumpulan yang membenci dan mencerca para sahabat menyakiti  Ahl al-Bayt (keluarga Rasulullah SAW)".
Katanya, beliau telah  menjelaskan mengenai sejarah dan sebab kemunculan mazhab tersebut secara  terperinci di dalam bukunya "Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen  Fakta dan Pembohongan Sejarah". 
Pada masa yang sama Dr Mohd Asri  turut mempertahankan 'Ahlus Sunnah' yang menjadi sasaran 'kemarahan warisan'  golongan Syiah kerana enggan berkongsi tafsiran politik berhubung isu pembunuhan  Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasullullah SAW.
"Isu pembunuhan  Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara  dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu.  
"Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis  lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan  berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran  'kemarahan warisan'," coretnya lagi.
http://malaysiakini.com/news/151614
 
 
No comments:
Post a Comment