KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh  penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double  standard' suruhanjaya itu.
Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat  Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu,  pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri  Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti  peristiwa.Katanya,  apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat  cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan  apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.
"Kita dapat  melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita  ini.
"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen  Bachok.
SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30  Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22  Januari.
Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS  berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding  kelak.
Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu  semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno  BN.
"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk  menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya  lagi.
Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya  umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding  sebelumnya.
"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi  perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti,"  katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan  mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal  pemilihan calon.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30006:pas-kita-sedia-kenal-siapa-spr&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment