Thursday, March 17, 2011

CFM: 'Isu kitab Injil belum selesai'

Aidila Razak
Mac 17, 11
2:58pm

Surat mengenai pelepasan kemasukan kitab Injil dalam bahasa Melayu ke Malaysia mungkin telahpun dikeluarkan, tetapi bagi pengerusi Persekutuan Kritian Malaysia (CFM), Bishop Ng Moon Hing, ceritanya masih belum selesai.

"Jika ianya hanya mengenai mempertahankan gazet 1982, maka tidak akan berlaku episod seumpama itu (melibatkan rampasan 35,000 salinan kitab injil). Ada orang yang tidak patuhi (gazet tersebut).

"Pada masa depan, mungkin ada pemimpin lain dan arahan yang berbeza pula, jadi kami merasakan yang cerita ini tidak akan tamat," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Dalam kenyataan akhbar lewat petang Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala mengumumkan keputusan Putrajaya untuk melepaskan kitab Injil dalam bahasa Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Klang dan di Kuching.

economic transformation programme 210910 idris jala 02Idris (kiri) berkata ia dibuat mengikut gazet 1982 di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan import kitab Injil dalam bahasa Melayu untuk kegunaan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa ia tidak akan prejudis terhadap rayuan kerajaan terhadap penggunaan perkataan 'Allah' oleh akhbar Katolik, Herald.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi rayuan Archbishop Roman Katolik Kuala Lumpur, yang difailkan pada 22 Disember 2007, terhadap larangan kerajaan berhubung penggunaan istilah 'Allah' oleh Herald.

Dalam kenyataan beliau, Idris juga menyifatkan keputusan itu satu "kompromi yang munasabah", dan kenyataan itu tidak boleh diterima oleh Ng.

NONE"Ini ialah cara Idris mengendalikan perkara itu. (Kerajaan) mahu ia nampak seperti ia yang mengalah, sedangkan ia sepatutnya, dari awal lagi, mematuhi gazet tersebut. Malah, yang banyak rugi adalah kami," kata Ng.

Ng juga berkata, dengan meletakkan gazet itu di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri, ia bermaksud kitab suci itu dianggap sebagai satu isu keselamatan negara.

"CFM sentiasa berpendirian bahawa kitab Injil bukan satu ancaman dan kandungannya tidak mengancam keselamatan negara.

"Selama ini, penganut Kristian tidak pernah mahu ambil pendekatan konfrontasi, dan telah merayu terhadap (pengklasifikasi kitab Injil di bawah ISA), tetapi ia telah lama berlanjutan," tambah Ng.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/158898

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...