Thursday, March 17, 2011

Mati ditembak di Sungai Golok

Mati ditembak di Sungai Golok

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

BERLUMURAN DARAH...mangsa  ditemui terbaring di tepi jalan.
BERLUMURAN DARAH...mangsa ditemui terbaring di tepi jalan.

SUNGAI GOLOK (Thailand): Penemuan mayat seorang rakyat Malaysia yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Mukim 3 Kampung Ka Wa berhampiran Sungai Padi, di sini, semalam, menimbulkan tanda tanya sama ada ia membabitkan kumpulan militan atau dibunuh selepas dirompak.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi (6.30 pagi waktu tempatan) itu, Thang Chong Yeong, 27, berasal dari Taman Sri Melintang, Hutan Melintang, Perak ditemui terbaring berlumuran darah di tepi jalan oleh seorang penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Jurucakap pasukan keselamatan Thailand berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan dia ditemui iaitu kira-kira 12 kilometer (km) dari Sungai Golok.

Katanya, polis hanya menemui kad pengenalan, lesen dan telefon bimbit milik mangsa.

“Sehingga kini, polis masih menyiasat punca menyebabkan kematian mangsa dan tujuan dia berada di Thailand.

“Polis hanya menemui tiga barang penting itu, namun dompet milik mangsa tidak ditemui.

“Polis juga masih menyiasat sama ada kejadian itu berkaitan dengan kumpulan militan atau terbabit dalam kejadian rompakan dan bunuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, polis wilayah berkenaan sudah memaklumkan kejadian terbabit kepada polis Perak.

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat sebelum dihantar ke Malaysia untuk diserahkan kepada keluarganya.

“Ini kes pertama tahun ini membabitkan rakyat Malaysia ditembak di wilayah selatan Thailand,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/MatiditembakdiSungaiGolok/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...