Sunday, March 13, 2011

Hanya satu penerbangan ke Tokyo

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hanya menjadualkan satu penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun menerusi penerbangan MH88 pada 11.35 malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Jurucakap Pusat Panggilan 24 Jam MAS berkata, setakat ini hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas ke Jepun dan perancangan penerbangan bergantung kepada keadaan terkini di negara itu, yang dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.


“Buat masa ini, hanya penerbangan MH88 akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada 11.35 malam tetapi jadual penerbangan untuk esok (hari ini) masih belum dapat dipastikan.

“Tempahan tiket untuk penerbangan itu masih dibuka tetapi hanya boleh ditempah untuk penerbangan kelas perniagaan,” katanya.


Semalam, penerbangan MAS MH70 dari Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei, Taiwan selepas gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter menggegar timur laut Jepun.


Gempa bumi itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang menyebabkan kira-kira 1,000 orang terkorban serta membadai kawasan ladang.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HanyasatupenerbangankeTokyo/Article/artikelMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...