Tuesday, February 10, 2009

Arumugam letak jawatan Exco, ADUN

Arumugam letak jawatan Exco, ADUN

SPR akan teliti segala dokumen sebelum tentukan pilihan raya kecil

MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak pada sidang media sewaktu mengumumkan peletakkan jawatan V. Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau berkuat kuasa serta merta.

[DIKEMAS KINI, 10.30 MALAM] ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.

Beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan ADUN itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan.

Azizan berkata beliau masih belum dapat menghubungi Arumugam sehingga sekarang dan beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik.

Mengenai tindakan Arumugam yang meletak jawatan, Azizan berkata: "Ia adalah amalan biasa dalam kalangan ahli politik, ramai orang meletak jawatan dan ia bukanlah sesuatu yang baru."

Mengenai sama ada terdapat kemungkinan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat akan melompat parti menyertai BN, beliau berkata: "Sekarang memang begitu rancak lompat-melompat dan orang 'offer untuk cross over' tetapi kena ingat ada 'traffic light'".

Sementara itu, Abd Isa berkata beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu pada esok pagi.

Ahmad pula berkata PKR akan mengadakan mesyuarat khas pra pilihan raya, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau esok.

Perkembangan itu turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

"Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan," kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau.

"Malah, Presiden Parti (PKR) dan Ketua Umum juga sudah mengetahui mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi di Perak.

Tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR akan mengumumkan langkah susulan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu esok.

Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.

BERITA TERDAHULU

Exco Kedah letak jawatan, pilihan raya kecil?

ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pagi tadi.

Azizan dijadual mengadakan sidang media susulan pukul 9 malam ini.

Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.

Semalam sekumpulan penduduk dari kawasan Sungai Petani mengemukakan memorandum kepada Sultan Kedah berhubung Arumugam.

mStar Online difahamkan Arumugam turut berhadapan dengan tekanan agar meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau.

Beliau yang menjadi perhatian banyak pihak ekoran cakap-cakap akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai BN tidak dapat dihubungi dan "hilang" hampir seminggu yang lalu.

LETAK JAWATAN ADUN?

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul tidak menolak khabar angin yang berkemungkinan Arumugam akan turut melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Selambau.

Johari berkata beliau turut menerima maklumat bahawa Arumugam akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan yang diwakilinya itu.

"Saya ada menerima maklumat bahawa YB (Yang Berhormat) Arumugam berhasrat untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.

"Itu yang terkinilah saya dapat tahu selepas beliau ambil keputusan lepaskan jawatan exco," katanya kepada mStar Online petang ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani itu bagaimanapun tidak pasti sejauh mana kebenaran maklumat yang diperolehinya itu.

"Saya tak pasti tentang kesahihannya, maklumat lanjut daripada Presiden Parti (PKR) (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) pun belum kita dapat lagi.

"Saya fikir paling cepat pun kita boleh tahu esok pagi jika Presiden buat pengumuman secara rasmi mengenai statusnya (Arumugam)," katanya.

Bagaimanapun beliau menafikan Arumugam berhadapan dengan masalah 'skandal' seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Johari sebaliknya menyifatkan Arumugam yang baru sahaja melepaskan jawatan sebagai Exco Kedah mempunyai masalah keluarga berhubung status isteri keduanya.

"Ini bukan skandal sebaliknya hanya salah faham.

"Kalau ikut masyarakat bukan Islam berdasarkan Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976, mereka tidak boleh kahwin lebih daripada satu tanpa menceraikan isteri pertama.

"Tapi Arumugam telah mengahwini isteri keduanya kira-kira lapan atau sembilan tahun yang lalu," katanya.

Bagaimanapun menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, perkahwinan kedua Arumugam tidak didaftarkan secara sivil kerana undang-undang tidak membenarkannya berdasarkan kenyataan bahawa isteri pertamanya masih sah.

Oleh yang demikian jelas Johari, Arumugam telah mengahwini isteri keduanya mengikut kaedah keagamaan tanpa membuat pendaftaran.

"Dia tak ada anak dengan isteri pertama yang dikahwininya sejak 19 tahun lalu.

"Perkahwinan dengan isteri keduanya, beliau mendapat seorang anak yang berusia kira-kira lapan tahun.

"Jadi bagi saya ini hanya salah faham yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruskan keadaan," katanya.

Johari bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada peletakkan jawatan Arumugam ada hubungkait dengan isu ini.

Mengulas mengenai memorandum yang diserahkan kepada Sultan Kedah berhubung dakwaan Arumugam telah menghina istana dengan membawa isteri keduanya menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan negeri, Johari berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Dia dah kahwin lama dengan isteri keduanya, tapi isu ini baru dibangkitkan.

"Jelaslah semacam ada usaha untuk jatuhkan beliau," katanya.

CALON BEBAS

Beliau yang bertanding sebagai calon Bebas, menyertai PKR selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu dan diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri.

Arumugam memperoleh 13,225 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, Krishnan Subramaniam pula memperoleh 10,863.

Calon asal PKR di kerusi itu tersebut dibatalkan pencalonan atas masala teknikal.

Kini Kedah diterajui oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai 21 anggota manakala BN pula mempunyai 14 wakil. Seorang lagi merupakan ADUN Bebas iaitu Arumugam.

BERITA TERDAHULU

Arumugam mahu lepas jawatan Exco Kedah

ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus bahawa Kedah kini menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk ditumbangkan, Exco Kerajaan Negeri itu, V. Arumugam mahu melepaskan kedudukannya dalam kerajaan pimpinan PAS di Kedah.

Namun beliau berikrar akan mengekalkan keanggotaan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu mesyuarat di Ipoh semalam.

Pengerusi Biro Latihan negeri, Zambri Yusuf memberitahu bahawa Arumugam telah menerangkan hasratnya kepada Anwar.

"Arumugam telah memutuskan untuk berhenti daripada kedudukannya sebagai Exco kerana menerima tekanan termasuk ke atas anggota keluarganya supaya berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Bagaimanapun sehingga kini Arumugam masih belum memaklumkan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata Arumugam telah menghantar surat melepaskan jawatan Exco kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau yang dimenanginya pada pilihan raya umum tahun lepas, katanya.

"Surat itu (peletakan jawatan sebagai Exco) dihantar dari Kuala Lumpur ke alamat pejabat Tuanku di Wisma Darul Aman dan sepatutnya diterima hari ini," kata Azizan pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini.

Menteri Besar berkata, beliau dimaklumkan oleh pembantunya pagi ini bahawa Arumugam menelefon pembantunya itu untuk memaklumkan mengenai keputusan melepaskan jawatan Exco.

Arumugam tidak tahan ugutan - MB Kedah



BERSAMA... MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada majlis sambutan Deepavali di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya dalam sidang media di di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam ini.

Terdahulu pada tengah hari tadi, Azizan mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Bagaimanapun sebelum ini peletakan jawatan Arumugam dikaitkan dengan masalah peribadi yang dihadapinya.

Baru-baru ini sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku seorang anggota Exco kerajaan negeri kepada Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Mereka mendakwa Arumugam mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Arumugam gagal dihubungi dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon, termasuk daripada Menteri Besar dan wartawan manakala rumahnya di Sungai Petani telah kosong sejak dua hari lepas.

Barisan Exco Perak angkat sumpah esok


 PANGKOR: Barisan baru Exco kerajaan negeri Perak akan diumumkan esok dengan disusuli majlis angkat sumpah.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung senarai anggota Exco tersebut.

Zambry berkata, senarai nama Exco berkenaan akan hanya diumumkan pada majlis mengangkat sumpah Exco kerajaan negeri Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar yang dijadualkan esok.

Ketika ditanya sama ada barisan Exco baru itu akan mengandungi muka lama dan baru, beliau menjawab: "Itu pasti, kita akan wujudkan keseimbangan, faktor kebolehan dan sebagainya kerana rakyat ingin melihat sedikit sebanyak perubahan... yang pasti akan ada wanita."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat projek pembangunan pelancongan dan sesi dialog pihak industri bersama Menteri Besar dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said di Telok Dalam Resort, di sini, hari ini.


KUALA KANGSAR: Beberapa jalan di Kuala Kangsar terutama yang menghala ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan akan ditutup kepada orang ramai mulai pukul 8 pagi sehingga tamat majlis mengangkat sumpah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Iskandariah esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, jalan yang terlibat ialah dari bulatan jam besar hingga ke Istana Iskandariah, Jalan Daeng Sedili dan Jalan Tun Razak, Jalan Raja Chulan hingga Jalan Tun Razak dan Jalan Kuala Kangsar hingga ke pusat bandar.

"Tiada sebarang pergerakan sama ada kenderaan atau pun pejalan kaki dibenar melalui jalan itu kecuali kenderaan yang berpelekat dan jemputan rasmi," katanya.

Semua jalan itu hanya akan dibuka semula selepas majlis selesai dan apabila polis merasakan keadaan selamat dan terkawal.


Mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih belum mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Dr. Zambry berkata sifat berebut-rebut seperti yang ditunjukkan oleh Mohammad Nizar itu adalah kebudak-budakan.

"Saya tidak suka berubut-rebut, buat apa nak berebut-rebut, waktu dia masuk sebagai Menteri Besar dulu, pun kita tak berebut. Jadi saya nasihatkan kepada Nizar minta dia istighfar banyak-banyak.

"Dalam ajaran Islam apabila kita marah-marah kita kena kawal, itu yang diajar oleh Rasulullah," katanya.

Berhubung tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan Nizar berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar, Dr. Zambry berkata beliau menyerahkan soal itu kepada budi bicara setiausaha kerajaan negeri yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagi saya bukan soal kediaman atau kereta rasmi, pokoknya apabila menjawat jawatan Menteri Besar adalah untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Biarlah dia (Nizar) cakap untuk duduk di rumah itu, hati saya adalah untuk rakyat, katanya.

Dr. Zambry juga ditanya mengenai tindakan liar penyokong parti pembangkang yang datang dari luar Perak untuk mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar selepas Barisan Nasional berjaya mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

"Saya menasihatkan kepada rakan-rakan di luar Perak, apa kata sekiranya penyokong-penyokong kita (BN) datang daripada luar, apa akan berlaku kapada kawasan kita?

"Sepatutnya dalam keadaan begini kita sepatutnya memberi ketenangan, mengajak rakan-rakan supaya bersabar menghadapi krisis ini... kalau kita hendak bermain dengan emosi, tetapi ke mana akhirnya?," katanya.

Sementara itu, Azalina melahirkan rasa kesal dan malu dengan perkembangan terbaru politik di Perak yang turut mendapat liputan di luar negara akibat tindakan keterlaluan pembangkang yang dilihat boleh menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan negara.

Beliau berkata, ketika parti pembangkang berjaya merampas lima buah negeri pada pilihan raya umum lepas, ia tidak pernah menjadi isu dan menimbulkan masalah kerana konsep diamalkan pemimpin BN adalah taat setia kepada raja dan rela melepaskan jawatan dan itu adalah hakikat politik.

"Saya minta kepada Nizar, apabila Sultan berikan kepadanya jawatan Menteri Besar, kita (BN) terima, jadi sekarang apabila Sultan beri kepada Zambry, saya minta dia pun kena terima.

"Saya harap kalau boleh Perdana Menteri tetapkan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada mereka yang mewujudkan perbalahan kaum, yang mewujudkan kebencian dan menggugat ekonomi... bagi saya ada justifikasi untuk dikenakan ISA," katanya. BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/9/mstar_berita/20090209152638&sec=mstar_berita

ADUN Bukit Selambau pula "hilang"


GAMBAR FAIL... ini menunjukkan ADUN kerusi Bukit Selambau, Arumugam Vengatarako ketika mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, Pekerja Ladang dan Masyarakat India pada 5 Mei lalu di Wisma Darul Aman. Arumugam memenangi kerusi DUN Bukit Membau sebagai calon Bebas sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat. -fotoBERNAMA


SUNGAI PETANI: Anggota Exco Kerajaan Negeri yang telah disahkan meletakkan jawatan, V. Arumugam "menghilangkan diri" tanpa sebarang berita.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India itu gagal ditemui dan tidak menjawab sebarang panggilan telefon termasuk daripada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Saya cuba menelefon Arumugam tetapi beliau gagal dihubungi," kata Azizan kepada pemberita di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu juga tidak menghadiri majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Kedah yang berlangsung di Istana Anak Bukit di sini pagi ini.

Tinjauan Bernama ke rumah sewanya di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini mendapati rumah itu telah kosong.

Rumah itu berkunci dan menurut beberapa jirannya yang enggan dikenali, Arumugam kelihatan keluar bersama keluarganya dua hari lepas.

Wartawan Bernama juga cuba menghubungi malah turut menghantar pesanan ringkas (SMS) tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Azizan dalam sidang medianya berkata Arumugam disahkan meletak jawatannya sebagai anggota Exco dan telah mengirim surat peletakan jawatan itu kepada Sultan Kedah kerana baginda yang melantiknya.

Bagaimanapun Arumugam tidak membuat salinan surat peletakan jawatan itu kepada Azizan.

Katanya, pembantu Arumugam memberitahu alasan beliau melepaskan jawatan Exco adalah kerana masalah peribadi, bukan berkaitan kerajaan negeri pimpinan PAS dan beliau masih menjadi ADUN Bukit Selambau.

Kenyataan Karpal: DAP terkejut, mahu Anwar kekal pimpin Pakatan


Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: DAP akan terus menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh semalam menggesa agar Ketua Umum Pakatan Rakyat itu melepaskan kedudukannya atas alasan sudah tidak layak lagi.

"DAP mengulangi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah kerajaan alternatif yang demokratik, memusatkan rakyat dan kepimpinan beretika berdasarkan lima prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan sosial dan nilai moral universal.

"Sehubungan itu, DAP menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin Pembangkang di Parlimen dan akan kekal (dalam kedudukan itu) memandangkan tiada pemimpin tunggal yang pernah mempersoalkan perkara ini semasa mesyuarat dalaman di mana-mana peringkat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Guang Eng menegaskan, Anwar akan kekal sebagai ketua Pakatan Rakyat seperti yang dipersetujui barisan kepimpinan pakatan itu.

"Beliau akan kekal demikian kerana tiada mana-mana pemimpin yang pernah mempersoalkan perkara ini pada mesyuarat dalaman, sama ada di peringkat tertinggi atau sebaliknya," kata Guan Eng lagi.

Beliau berkata, Pakatan telah meluluskan satu ketetapan bahawa tiada dasar mana-mana parti boleh dianggap sebagai dasar Pakatan, melainkan ia dilulus sebulat suara oleh ketiga-tiga parti yang menganggotai pakatan itu.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut turut meminta Karpal supaya menggunakan saluran dalaman parti jika ingin mengubah dasar Pakatan dan tidak menggunakan media dikawal Barisan Nasional (BN) bagi tujuan itu.

Pada sidang akhbar di Pulau Pinang semalam, Karpal berkata, Anwar tidak layak memimpin Pakatan kerana beliau hanya memberi masalah kepada pakatan pembangkang itu.

Karpal membuat kenyataan itu beberapa hari selepas Pakatan kehilangan kerajaan negeri Perak kepada BN.

Karpal mendakwa ia berpunca daripada tindakan tidak bermoral Anwar meminta wakil rakyat BN menyertai Pakatan bagi menguatkan kedudukannya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Karpal semalam dan mahu isu berkenaan diselesaikan secara dalaman.

"Saya terkejut dan tersinggung dengan kenyataan Karpal semalam," kata Ahli Parlimen Ipoh Timor dalam kenyataan berasingan.

"Biarkan DAP menyelesaikan apa jua perbezaan secara dalaman memandangkan ia tidak harus dibenarkan untuk mengalih usaha bagi menyelesaikan kedua-dua krisis politik dan ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia," katanya.

Tuduhan Zahid Hamidi Jahat

Written by Wartawan Buletin   
Monday, 09 February 2009 11:36
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/ayahwan.jpgKuala Terengganu - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' wan Abdul Mutalib Embong menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang menuduh PAS menjadi alat tunggangan mana-mana parti sebaliknya Pakatan Rakyat membuat keputusan dengan mengambil perkiraan tertentu.

Menurutnya, dalam keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, pendekatan harmoni dan tidak memecah belah hubungan antara kaum perlu diambil kira oleh parti itu supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan aman tanpa menimbulkan syak wasangka. 

Beliau menyifatkan menuduh PAS telah didominasi golongan tertentu adalah satu kenyataan jahat yang tidak bertanggungjawab kerana semua pihak tahu, PAS adalah sebuah parti politik yang mempunyai jati diri yang kukuh dalam memperjuangkan prinsipnya. 

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan tidak mahu suatu hari nanti kita mengalami satu tindak balas (perkauman) yang besar kerana membuat satu keputusan yang tidak jelas,”katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta respon kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa PAS telah dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP khususnya dalam menghadapi senario politik di negeri Perak. 

Katanya dalam menangani situasi poltik di Perak PAS mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. 

Katanya, langkah Mohammad Nizar dan anggota exco negeri itu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah tidak melanggar Perlembagaan di negeri berkenaan. 

“Undang-undang telah mengatakan beliau (Mohammad Nizar) hanya boleh dipecat sekiranya ada undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), itu adalah jelas. 

Dalam keadaan sekarang, Kata Wan Muttalib, Mohammad Nizar boleh mentadbir Perak sebagai kerajaan minoriti.
Last Updated on Monday, 09 February 2009 11:49

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=192:tuduhan-zahid-hamidi-jahat-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

Izwan Abdul Halim 

Tue | Feb 10, 09 | 12:18:16 am MYT

ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh)-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm _


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019308&Itemid=85

Tindakan Karpal bersifat peribadi, Umno 'berselindung' atas nama istana

Azamin Amin 

Mon | Feb 09, 09 | 9:59:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - PAS berpendapat bahawa cadangan tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Karpal Singh untuk menyaman Baginda Sultan Perak adalah tindakan peribadi beliau dan tidak pernah dibincangkan, serta tidak pernah juga dipersetujui oleh mana-mana pimpinan parti politik dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Katanya sudah tentu rakyat tidak lupa akan tindakan tanpa susila yang dimulai oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1993 semasa pindaan perlembagaan terhadap kuasa imuniti Raja-Raja dilakukan.

"PAS berpendapat bahawa untuk memastikan keadilan terpelihara, semua pihak dalam negara kita ini termasuklah Umno seharusnya menghormati ketiga-tiga intipati penting dalam mendepani suasana yang sedang berlaku di Perak," kata Ustaz Hadi.

Image"Oleh yang demikian, tindakan pihak tertentu dalam Umno yang cuba untuk mengheret dan berselindung di sebalik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dalam tindakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah amat dikesali," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. - azm _


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19291&Itemid=1

Pilihanraya kecil: DAP cadang Nizar berentap di Bukit Gantang, Adun Bukit Selambau 'surrender'

09 Feb 2009 11:27PM

ALOR SETAR: Kedah akan menghadapi satu pilihan raya kecil apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Menteri Besar menjelaskan, beliau telah mengadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah bagi memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan Arumugam itu sejurus selepas menerima surat berkenaan.

Mstar Online pula melaporkan anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.

Beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan ADUN itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan.

Azizan berkata beliau masih belum dapat menghubungi Arumugam sehingga sekarang dan beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik.

Mengenai tindakan Arumugam yang meletak jawatan, Azizan berkata: "Ia adalah amalan biasa dalam kalangan ahli politik, ramai orang meletak jawatan dan ia bukanlah sesuatu yang baru."

Mengenai sama ada terdapat kemungkinan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat akan melompat parti menyertai BN, beliau berkata: "Sekarang memang begitu rancak lompat-melompat dan orang 'offer untuk cross over' tetapi kena ingat ada 'traffic light'".

Sementara itu, Abd Isa berkata beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu pada esok pagi.

Ahmad pula berkata PKR akan mengadakan mesyuarat khas pra pilihan raya, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau esok.

Perkembangan itu turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

"Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan," kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau.

"Malah, Presiden Parti (PKR) dan Ketua Umum juga sudah mengetahui mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi di Perak.

Tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR akan mengumumkan langkah susulan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu esok.

Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.

Sementara itu di Ipoh Bernama melaporkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata, adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

“Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini / Utusan, Bernama, Mstar, Foto Malaysiakini


Daulat Tuanku.. Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berhimpun dalam satu rapat umum raksasa di Ipoh. Turut berucap Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar kecil)

5,000 sertai rapat umum raksasa sokong Sultan Azlan Shah di Ipoh

09 Feb 2009 11:46PM

IPOH: Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berhimpun dalam satu rapat umum raksasa di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini petang ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.

Perhimpunan itu yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersama Barisan Nasional (BN) Perak turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.

Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.

Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.

Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak. / Bernama, Foto Malaysiakini


Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berhimpun


Khairy turut berucap di perhimpunan aman tersebut

Arumugam letak jawatan exco dan Adun Bukit Selambau

Abdul Rahim Sabri | Feb 9, 09 9:23pm

dikemaskini Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Arumugam Vengatarakoo pkr kedahSehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Dr Abd Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya.

Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi.

Menurut Dr Abd Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional.

Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya.

Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.

Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya.

Baru-baru ini, beliau mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai  calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.

Tawaran habuan RM5 juta

azizan abdul razakSementara itu, Bernama melaporkan Azizan berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.
    
"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.
    
Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr Abd Isa.
    
Dr Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu. 

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan Adun yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu exco kerajaan negeri dan Adun.   

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.
    
Beliau berkata Speaker Dewan Undangan Negeri akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan Adun itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil kawasan berkenaan diadakan. 
    
Ditanya mengenai sebab peletakan jawatan itu, Azizan berkata antara kandungan surat Arumugam ialah beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti. 
    
"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya,

Azizan berkata beliau masih belum dapat menghubungi Arumugam sehingga sekarang dan beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik. 

Mengenai tindakan Arumugam yang meletak jawatan, Azizan berkata: "Ia adalah amalan biasa dalam kalangan ahli politik, ramai orang meletak jawatan dan ia bukanlah sesuatu yang baru." 
    
Mengenai sama ada terdapat kemungkinan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat akan melompat parti menyertai BN, beliau berkata: "Sekarang memang begitu rancak lompat-melompat dan orang 'offer untuk cross over' tetapi kena ingat ada 'traffic light'". 

Petisyen salahlaku

Arumugam adalah pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, beliau bertanding atas tiket bebas serta memenangi kerusi DUN Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 7,695 undi. 
    
Beliau muncul sebagai calon bebas di saat-saat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal. 
    
Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
    
Baru-baru ini sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku seorang anggota Exco kerajaan negeri kepada Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.
    
Mereka mendakwa anggota exco berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
    
Arumugam gagal dihubungi dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon, termasuk daripada Menteri Besar dan wartawan manakala rumahnya di Sungai Petani telah kosong sejak dua hari lepas.

http://www1.malaysiakini.com/news/97936

1,000 berkumpul sokong Raja-Raja Melayu

Keuk Ser Kuang Keng | Feb 9, 09 6:00pm
Kira-kira 1,000 berhimpun di padang Dewan Bandaraya Ipoh tengahari tadi untuk menyatakan sokongan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pemuda Umno dan beberapa NGO termasuk GPMS.

umno youth rally 090209 crowd 01Anggota Pemuda Umno datang dari negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Negri Sembilan dan Kedah, untuk menyertai rakan seperjuangan mereka di Perak di perhimpunan tersebut.

Ramai yang menghadiri perhimpunan tersebut dengan memakai riben kuning yang bertulis 'Daulat Tuanku' dalam berwarna merah.

Menurut Naib Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, perhimpunan itu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Katanya, unsur-usnur seperti Karpal Singh yang didakwanya tidak menghormati sultan, harus dinyahkan dari muka bumi ini.

umno youth rally 090209 khairy 02Mereka yang hadir juga membawa kain rentang, antaranya berbunyi 'Nizar penderhaka Melayu Zaman moden', serta laungan 'Daulut Tuanku'

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Aziz turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya di perhimpunan tersebut, Khairy menyarankan supaya Sultan Perak membuang Mohd Nizar dari negeri tersebut ketika mereka mula membakar poster menteri besar tersebut di padang.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama satu setengah jam, dan berakhir pada jam 3.30 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak dingini.

http://www1.malaysiakini.com/news/97937

Najib: K'jaan BN sedia berubah...

Feb 9, 09 7:51am

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia mengubah dasar-dasarnya untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia meneliti semula dan membuat perubahan sewajarnya terhadap dasar-dasar kerajaan.

Katanya, ia perlu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan sokongan di luar dugaan terhadap pembangkang, lapor Bernama.

Dalam pilihanraya umum tersebut, pembangkang menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat serta merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya berasaskan rakyat pelbagai kaum dan perkongsian kuasa bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dibela.

"Ia bukanlah soal sama ada kerajaan majoriti ataupun minoriti. Ia adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap di majlis Malam Muhibbah Malaysia-China di ibunegara malam tadi.

Menurutnya, kerajaan BN komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia. 

'Bangunkan negara'

"Saya percaya kami boleh memenuhi inspirasi dan aspirasi semua kaum. Marilah kita mencari penyelesaian baru bagi menangani permasalahan. Marilah kita membangunkan bukan sahaja hubungan ekonomi dan politik, tetapi juga jalinan sosial dan kebudayaan dengan semua kumpulan etnik di negara ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menggesa masyarakat Cina terus bekerja bersama-sama dengan kaum lain di negara ini, bagi membangunkan negara.

"Seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bahawa kita boleh mempercayai rakyat Cina di China pada 1974 (apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China), saya akan menyatakan perkara yang sama bahawa kita boleh mempercayai dan mempunyai keyakinan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu, bersama-sama membuka lembaran baru, era baru dan masa depan baru bagi semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib turut mengulangi bahawa kebajikan masyarakat Cina di Perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri BN, yang baru dibentuk.

http://www1.malaysiakini.com/news/97892

Rais Yatim Sahkan Sultan Tiada Kuasa Memecat MB

Dilulus terbit pada Monday, February 09 @ 06:57:00 MYT olehTokPenghulu

ArtikelOleh Abu_Ezza

"

Dalam menyelesaikan kemelut ini, pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan jika Mohammad Nizar terus berdegil hendakkan jawatannya itu, maka jalan keluar terakhir adalah menerusi undi tidak percaya terhadapnya dan pakatan pembangkang - dianggotai Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP - di Dewan Undangan Negeri Perak.



‘‘Namun berdasarkan perhitungan, Barisan Nasional yang kini memperoleh majoriti akan mendapat sokongan yang lebih daripada PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Rais mengambil contoh satu kes melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan yang enggan meletak jawatan pada 1966. Akhirnya, kedudukan beliau diputuskan di lantai Dewan Undangan Negeri - yang membawa pelucutan jawatannya.

Begitu juga dalam kes-kes sama melibatkan beberapa Ketua Menteri di Sabah. Di Nigeria pula, kes serupa bernama kes Akintola yang sah diiktiraf di Malaysia mengatakan tentang keadaan di mana seseorang ketua kerajaan negeri atau ketua kerajaan/negara itu boleh dilucutkan jawatannya.

‘‘Nas undang-undang ini telah diterima di Malaysia dan seluruh Komanwel,” kata Rais sambil mengambil contoh kes melibatkan Mohammad Nizar adalah pertama kali seumpamanya berlaku di Semenanjung.

Realitinya, tiada cara lain boleh menghentikan kedegilan Mohammad Nizar melainkan beliau mematuhi titah Sultan Perak atau menghadapi undi tidak percaya dalam DUN.

Dan kalaupun dalam undi tidak percaya itu secara luar biasa pula tidak berpihak kepada BN dan Mohammad Nizar terus berkuasa, ia akhirnya pun tidak akan mendatangkan manfaat kepada sesiapa.

# sumber : Utusan Malaysia 


http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2374&mode=thread&order=0&thold=0

Monday, February 9, 2009

Penduduk minta hapus tol

Oleh NAZARALI SAERIL
nazarali@hmetro.com.my

PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." title="HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." height="189" width="300" border="0">
HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian 
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan 
tol NPE.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 penduduk daerah Petaling Jaya Selatan (PJS) membelanjakan lebih RM100 sebulan kerana menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), di sini, walaupun bagi perjalanan kurang lima minit, termasuk menghantar anak ke sekolah.

Ia berlaku sejak lebih empat tahun lalu dan penduduk yang semakin tersepit meminta jasa baik kerajaan menghapuskan tol RM1.60 sen yang dikenakan walaupun jarak dari kediaman hanya 200 meter.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian PJS, Mohamed Sam Abdul Wahid, berkata kebanyakan penduduk terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membayar tol lebih sekali sehari walaupun bagi perjalanan dekat.

“Sebahagian besar penduduk di kawasan ini adalah golongan berpendapatan rendah dan jumlah tol yang perlu dibayar setiap bulan membebankan mereka.

“Ada yang mengambil inisiatif menggunakan laluan alternatif tetapi ia bukan saja padat malah jauh, selain keadaan jalannya kurang memuaskan,” katanya.

Mohamed Sam ditemui ketika mengadakan perhimpunan aman bersama hampir 200 ahli Umno serta penduduk setempat di tol PJS2 NPE, Kampung Medan, semalam.

Mohamed Sam yang turut mewakili penduduk Kampung Lindungan Bulan, Taman Medan, Kampung Medan dan Taman Datuk Harun lain berharap kerajaan dapat mempertimbangkan saranan menghapuskan terus tol berkenaan bagi menjamin keselesaan penduduk.

“Kami bukan menentang pembangunan tetapi berharap diberi sedikit kelonggaran dan yakin sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, ia mampu direalisasikan,” katanya.

Mohamad Sam berkata, caj dikenakan tidak berpatutan dan boleh dikatakan yang tertinggi di Lembah Klang.

“Saya harap masalah ini diberi perhatian serius bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya.

NPE sepanjang 19.5kilometer yang pembinaannya membabitkan kos RM1.2 bilion, dikendalikan syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd. Ia mula dibuka kepada lalu lintas sejak 30 April 2004.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084305/Article/index_html

Gagal temui barang, perompak rogol gadis

MUAR: Berang kerana tidak berjaya mendapatkan barang berharga, sekumpulan penjenayah melepaskan geram dengan merogol dua tetamu rumah yang dipecah masuk di Felda Moakil, di sini, awal pagi semalam.

Dua pelajar sebuah kolej berusia 18 tahun yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lima penjenayah itu dikatakan menghabiskan cuti hujung minggu di rumah rakan mereka yang dipecah masuk.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, lima perompak dipercayai warga asing bersenjatakan parang memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang yang dikatakan tidak berkunci.

Penjenayah terbabit kemudian mengejutkan pasangan suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan berkenaan yang tidur di ruang tamu sebelum mengikat mereka.

Sumber polis berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah rumah tetapi gagal menjumpai barang berharga, menyebabkan mereka marah dan mengugut mencederakan mangsa dengan parang.

“Selepas itu, perhatian dua daripada perompak itu beralih ke sebuah bilik berkunci yang didiami tiga rakan anak pemilik rumah berkenaan dan mereka memecahkan pintunya.

“Mereka (penjenayah) kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa sebelum menyelongkar beg pakaian dan bilik tidur terbabit, tetapi turut gagal menemui barang berharga sehingga menyebabkan mereka berang lalu merogol dua gadis di bilik itu,” katanya.

Difahamkan, susulan kejadian itu polis melancarkan gerakan memburu penjenayah berkenaan, termasuk menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan berdekatan.

Sehingga petang semalam, operasi mengesan suspek berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa turut dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan kesihatan lanjut dan mereka dikatakan masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084325/Article/index_html

Pekerja industri seks tegar

GEORGETOWN: Tujuh wanita yang ditahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) kelmarin dikategorikan sebagai ‘pekerja industri seks tegar’ kerana terus bekerja sebagai pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) walaupun pernah ditahan beberapa kali sebelum ini.

Lima daripada wanita berusia antara 30 hingga 40-an itu dicekup ketika menunggu pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, di sini, oleh sepasukan 10 pegawai penguat kuasa Jaipp.

Operasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu bertumpu di beberapa lokasi sekitar pusat bandar ini yang dikenal pasti sebagai pusat pelacuran dan GRO wanita beragama Islam.

Operasi dinamakan ‘Ops Gedik’ diketuai Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan itu bermula di hotel murah sekitar Jalan Gaharu, di sini.

Dua wanita berusia 49 dan 54 tahun ditahan di situ kerana disyaki melacurkan diri.

Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa kondom dan minyak pelincir pada mereka.

“Rekod kami juga menunjukkan mereka pernah ditahan Jaipp dan polis sebelum ini kerana kesalahan sama,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu juga, seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan bersama seorang pelacur bukan Islam yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik hotel di situ.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jalan Patani untuk dibuat laporan tangkapan dan semua kondom dan alat pelincir itu dirampas untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan seterusnya di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, pihaknya menahan lima wanita Islam disyaki bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, kelima-lima mereka adalah ibu tunggal dan pernah ditahan atas kesalahan sama.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084431/Article/index_html

Pusat karaoke tukar haluan

KUALA LUMPUR: Pada awal 1990-an, pusat karaoke di negara ini mula berkembang dengan pasaran awalnya untuk keluarga bersantai, tetapi kini lebih banyak menukar haluan kepada penyediaan khidmat GRO selain seks demi meraih keuntungan dengan cara mudah.

Punca utama pertukaran operasi ialah keuntungan dan selebihnya untuk bersaing dengan pusat karaoke lain yang menyediakan khidmat songsang bagi mengelak premis mereka ‘tutup kedai’.

Bagi pusat karaoke Red Box, teras perniagaannya menumpukan kepada empat tahap pengunjung daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Eksekutif Pemasaran dan Pengiklanan Red Box, Raja Marliza Safia, berkata tiada gejala negatif dijalankan di Red Box, termasuk penyediaan khidmat GRO untuk melayan lelaki hidung belang.

“Red Box beroperasi dari jam 11 pagi hingga 3 pagi setiap hari. Ia dibahagikan kepada empat sesi dengan sesi pertama dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Ketika itu, pelanggan biasanya pekerja pejabat.

“Dari jam 3 petang hingga 6 petang pula, kanak-kanak sekolah yang datang. Bagaimanapun, jika mereka berpakaian seragam sekolah, mereka tidak dibenarkan masuk.

“Dari jam 6 petang hingga 10 malam pula, biasanya yang datang ialah keluarga dan seterusnya jam 10 malam hingga 3 pagi pula kurang pelanggan yang hadir,” katanya.

Mengenai kewujudan pusat karaoke yang lebih menjurus kepada aktiviti kurang sihat, Raja berkata, jumlahnya memang banyak kebelakangan ini, tapi ia tidak menjejas dan mempengaruhi matlamat perniagaan Red Box.

“Kami tetap dapat terus beroperasi walaupun tidak menyediakan khidmat negatif kerana pelanggan yakin, selain kami tidak mahu terbabit dalam gejala itu,” katanya.

Bagi pusat karaoke KIOSK Box Technology atau K-Box, Ketua Bahagian Pemasarannya, Badrul Hisham Abdul Wahab atau nama komersialnya Dankerina, turut mengakui kebelakangan ini wujud banyak pusat karaoke yang dipenuhi unsur negatif.

“Pusat karaoke yang menyediakan khidmat GRO dan lebih teruk lagi khidmat seks, memang banyak dan seolah-olah tidak dapat dibendung kewujudannya pada masa ini. Ia mungkin kerana kurang pengawasan pihak berkuasa atau kelicikan mereka menyembunyikan operasi.

“Dalam masa sama, pengunjung wajar dipersalahkan. Memang hak masing-masing untuk berhibur di pusat karaoke, tetapi mereka sebenarnya perlu tahu mana yang baik dan sebaliknya,” katanya.

Menurut Dankerina, K-Box tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menawarkan khidmat songsang seperti itu kerana yakin dengan pasaran besar keluarga yang mahu bersantai di sana.

Kerana itu, katanya, K-Box turut tidak menyediakan minuman keras di cawangannya kecuali di beberapa lokasi kerana pengunjung sebahagian besarnya bukan Islam.

“Bilik untuk berkaraoke di K-Box lutsinar dan pihak lain boleh tahu jika ada berlaku gejala negatif. Diharap pihak berkaitan melakukan sesuatu bagi memastikan pusat karaoke yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan, disalahguna oleh pihak berkepentingan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084655/Article/index_html

Layanan ekstra GRO

KUALA LUMPUR: ““Saya perlu berkejar dari satu bilik ke bilik lain, bergantung kepada permintaan pelanggan. Memang memenatkan, tapi saya puas kerana pendapatannya lumayan,” kata seorang pelayan pelanggan atau GRO yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmin.

Ibu tunggal berusia 20-an itu berkata, semata-mata kerana duit, dia sanggup melakukan apa saja, termasuk melayan sehingga lapan lelaki dalam tempoh lapan jam, membolehkannya memperoleh pendapatan mencecah RM12,000 sebulan.

Menurut Jasmin, kewujudan ‘bilik gelap’ di pusat karaoke tempat dia bekerja menjadi tarikan utama pelanggan yang sebahagian besarnya lelaki yang ingin mendapatkan layanan ekstra atau khidmat seks.

“Selalunya, dalam bilik karaoke kami ringan-ringan saja. Untuk adegan lebih berat, saya membawa pelanggan ke bilik khas. Walaupun bilik itu tidak lengkap kerana tiada katil dan tandas, ia cukup untuk saya melakukan apa saja yang diminta pelanggan,” katanya.

Jasmin yang berkerja di pusat karaoke itu sejak empat tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggan yang dilayannya setiap malam adalah lelaki berkahwin, tetapi dia tidak kisah dengan status mereka kerana yang penting adalah bayaran.

“Saya ada seorang anak berusia lapan tahun yang perlu disara. Saya tahu apa yang saya buat adalah salah dan tidak bermoral, tapi saya perlukan wang untuk hidup. Orang lain boleh cakap apa saja, tetapi mereka tidak tahu kesusahan saya,” katanya.

Mengenai bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, Jasmin berkata, untuk melakukan seks oral dia kenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 manakala hubungan seks pula antara RM30 hingga RM100 bergantung kepada ‘tawar menawar’ dengan pelanggan.

Menurut Jasmin, dia ada beberapa pelanggan tetap dan dalam masa sama, dia juga sentiasa menukar nama setiap malam di setiap bilik dikunjunginya. Ini kerana, dia tidak mahu pelanggan kenal namanya yang boleh membuatkan mereka bosan dan memilih GRO lain.

Apabila ditanya sampai bila dia akan melakukan pekerjaan keji itu, Jasmin berkata:

“Satu hari nanti saya akan berhenti melakukan kerja ini, tetapi bukan sekarang. Pada masa ini saya masih perlukan banyak wang untuk hidup mewah.”

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084714/Article/index_html

Suami lari

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." title="BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha." height="179" width="300" border="0">
BERI PERHATIAN... Ng sambil diperhatikan Devamany (tiga dari 
kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Punitha.

KUALA LUMPUR: Menanti saat melahirkan anak keenam, tetapi suami pula melarikan diri kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang semakin besar. Itu yang berlaku kepada S Punitha, 31, yang menumpang berteduh di stor Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, sejak dua bulan lalu.

Punita yang bakal melahirkan anak Mac depan, bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji RM700 sebulan bagi menyara lima anak, Kavita, 13; Mohandrass, 11; Malathi, 9, Dineshkumar, 5, dan Sugumaran, 1, apabila suaminya, S Kathrayan, 42, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, menghilangkan diri.

Mereka sekeluarga sebelum ini menetap di Taiping, tetapi berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan menetap di rumah sewa. Bagaimanapun, apabila suaminya tidak mampu menjelaskan sewa, Punitha dan anak ditinggalkan hingga terpaksa keluar dari rumah itu.

Wanita itu kemudian menumpang rumah kakaknya di flet berkenaan, namun disebabkan keluarganya yang besar, kakaknya tidak mampu menanggung lalu dia dicadangkan tinggal di stor berkenaan dengan persetujuan pihak berkaitan.

“Suami tidak bertanggungjawab. Saya tidak boleh menerimanya lagi. Saya nekad berdikari untuk membesarkan anak yang masih kecil. Sewaktu bekerja, anak sulung saya, Kavita menjaga adiknya. Ternyata dia boleh diharap untuk menjaga adiknya dan membantu kerja rumah,” katanya.

Mereka pernah berlapar selama dua hari kerana tiada wang membeli makanan.

Kesusahan Punitha mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melawat Punitha, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany.

Bantuan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Punitha ialah hamper mengandungi tuala dan barangan serta bantuan bulanan untuk anak sebanyak RM450 sebulan. Dia turut mendapat wang ehsan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM1,000. Pemindahannya ke rumah baru dengan kadar sewa berpatutan diuruskan, manakala anaknya akan dibantu meneruskan pembelajaran.

Anak Punitha berhenti sekolah sejak dua tahun lalu iaitu ketika berhijrah ke Kuala Lumpur. Sugumaran tiada sijil kelahiran manakala anak dikandung Punitha akan diserahkan kepada keluarga angkat sebaik dilahirkan.

“Walaupun sedih, saya terpaksa serah anak bakal lahir kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084827/Article/index_html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...