Monday, February 9, 2009

Penduduk minta hapus tol

Oleh NAZARALI SAERIL
nazarali@hmetro.com.my

PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." title="HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan
tol NPE." height="189" width="300" border="0">
HAPUSKAN TOL...sebahagian anggota Pemuda Umno Bahagian 
PJS bersama sepanduk berharap kerajaan mengkaji menghapuskan 
tol NPE.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 penduduk daerah Petaling Jaya Selatan (PJS) membelanjakan lebih RM100 sebulan kerana menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), di sini, walaupun bagi perjalanan kurang lima minit, termasuk menghantar anak ke sekolah.

Ia berlaku sejak lebih empat tahun lalu dan penduduk yang semakin tersepit meminta jasa baik kerajaan menghapuskan tol RM1.60 sen yang dikenakan walaupun jarak dari kediaman hanya 200 meter.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian PJS, Mohamed Sam Abdul Wahid, berkata kebanyakan penduduk terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membayar tol lebih sekali sehari walaupun bagi perjalanan dekat.

“Sebahagian besar penduduk di kawasan ini adalah golongan berpendapatan rendah dan jumlah tol yang perlu dibayar setiap bulan membebankan mereka.

“Ada yang mengambil inisiatif menggunakan laluan alternatif tetapi ia bukan saja padat malah jauh, selain keadaan jalannya kurang memuaskan,” katanya.

Mohamed Sam ditemui ketika mengadakan perhimpunan aman bersama hampir 200 ahli Umno serta penduduk setempat di tol PJS2 NPE, Kampung Medan, semalam.

Mohamed Sam yang turut mewakili penduduk Kampung Lindungan Bulan, Taman Medan, Kampung Medan dan Taman Datuk Harun lain berharap kerajaan dapat mempertimbangkan saranan menghapuskan terus tol berkenaan bagi menjamin keselesaan penduduk.

“Kami bukan menentang pembangunan tetapi berharap diberi sedikit kelonggaran dan yakin sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, ia mampu direalisasikan,” katanya.

Mohamad Sam berkata, caj dikenakan tidak berpatutan dan boleh dikatakan yang tertinggi di Lembah Klang.

“Saya harap masalah ini diberi perhatian serius bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya.

NPE sepanjang 19.5kilometer yang pembinaannya membabitkan kos RM1.2 bilion, dikendalikan syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd. Ia mula dibuka kepada lalu lintas sejak 30 April 2004.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084305/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...