Monday, February 9, 2009

Pekerja industri seks tegar

GEORGETOWN: Tujuh wanita yang ditahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) kelmarin dikategorikan sebagai ‘pekerja industri seks tegar’ kerana terus bekerja sebagai pelacur dan pelayan pelanggan (GRO) walaupun pernah ditahan beberapa kali sebelum ini.

Lima daripada wanita berusia antara 30 hingga 40-an itu dicekup ketika menunggu pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, di sini, oleh sepasukan 10 pegawai penguat kuasa Jaipp.

Operasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu bertumpu di beberapa lokasi sekitar pusat bandar ini yang dikenal pasti sebagai pusat pelacuran dan GRO wanita beragama Islam.

Operasi dinamakan ‘Ops Gedik’ diketuai Ketua Unit Operasi Jaipp, Khairul Azman Azizan itu bermula di hotel murah sekitar Jalan Gaharu, di sini.

Dua wanita berusia 49 dan 54 tahun ditahan di situ kerana disyaki melacurkan diri.

Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa kondom dan minyak pelincir pada mereka.

“Rekod kami juga menunjukkan mereka pernah ditahan Jaipp dan polis sebelum ini kerana kesalahan sama,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu juga, seorang lelaki warga Indonesia turut ditahan bersama seorang pelacur bukan Islam yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik hotel di situ.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jalan Patani untuk dibuat laporan tangkapan dan semua kondom dan alat pelincir itu dirampas untuk dijadikan bahan bukti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan seterusnya di sebuah pusat hiburan di Jalan Seang Teik, pihaknya menahan lima wanita Islam disyaki bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, kelima-lima mereka adalah ibu tunggal dan pernah ditahan atas kesalahan sama.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084431/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...