Monday, February 9, 2009

Layanan ekstra GRO

KUALA LUMPUR: ““Saya perlu berkejar dari satu bilik ke bilik lain, bergantung kepada permintaan pelanggan. Memang memenatkan, tapi saya puas kerana pendapatannya lumayan,” kata seorang pelayan pelanggan atau GRO yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmin.

Ibu tunggal berusia 20-an itu berkata, semata-mata kerana duit, dia sanggup melakukan apa saja, termasuk melayan sehingga lapan lelaki dalam tempoh lapan jam, membolehkannya memperoleh pendapatan mencecah RM12,000 sebulan.

Menurut Jasmin, kewujudan ‘bilik gelap’ di pusat karaoke tempat dia bekerja menjadi tarikan utama pelanggan yang sebahagian besarnya lelaki yang ingin mendapatkan layanan ekstra atau khidmat seks.

“Selalunya, dalam bilik karaoke kami ringan-ringan saja. Untuk adegan lebih berat, saya membawa pelanggan ke bilik khas. Walaupun bilik itu tidak lengkap kerana tiada katil dan tandas, ia cukup untuk saya melakukan apa saja yang diminta pelanggan,” katanya.

Jasmin yang berkerja di pusat karaoke itu sejak empat tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggan yang dilayannya setiap malam adalah lelaki berkahwin, tetapi dia tidak kisah dengan status mereka kerana yang penting adalah bayaran.

“Saya ada seorang anak berusia lapan tahun yang perlu disara. Saya tahu apa yang saya buat adalah salah dan tidak bermoral, tapi saya perlukan wang untuk hidup. Orang lain boleh cakap apa saja, tetapi mereka tidak tahu kesusahan saya,” katanya.

Mengenai bayaran yang dikenakan kepada pelanggan, Jasmin berkata, untuk melakukan seks oral dia kenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 manakala hubungan seks pula antara RM30 hingga RM100 bergantung kepada ‘tawar menawar’ dengan pelanggan.

Menurut Jasmin, dia ada beberapa pelanggan tetap dan dalam masa sama, dia juga sentiasa menukar nama setiap malam di setiap bilik dikunjunginya. Ini kerana, dia tidak mahu pelanggan kenal namanya yang boleh membuatkan mereka bosan dan memilih GRO lain.

Apabila ditanya sampai bila dia akan melakukan pekerjaan keji itu, Jasmin berkata:

“Satu hari nanti saya akan berhenti melakukan kerja ini, tetapi bukan sekarang. Pada masa ini saya masih perlukan banyak wang untuk hidup mewah.”

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090208084714/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...