Thursday, August 7, 2008

Anwar didakwa tuduhan liwat


ANWAR semasa tiba di pejabat PKR bagi memberi sidang media di Damansara semalam.

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan meliwat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, tindakan mendakwa Anwar diambil selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwanya.
Satu notis bertulis kepada Anwar telah dikeluarkan supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi hari ini, kata Ismail dalam kenyataan di sini semalam.
"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang (didakwa) melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," katanya.


JUDE PAREIRA bertali leher keluar dari rumah Anwar selepas menyerahkan sapina kepada penasihat PKR itu di Bukit Segambut semalam.

Sementara itu, sapina tersebut diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira, di kediaman Anwar di Segambut Dalam di sini pukul 12.05 tengah hari.


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...