Thursday, August 7, 2008

Zahid tanding naib presiden



Aug 7, 08 12:05pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan malam tadi untuk bertanding merebut jawatan naib presiden Umno Disember ini.Dalam kenyataannya kepada Bernama, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pendapat, pandangan dan sokongan di kalangan rakan-rakan beliau."Mereka menyeru saya mencuba nasib bagi jawatan berkenaan. Selebihnya saya serahkan kepada keadaan, perwakilan dan takdir untuk menentukan."Saya menghormati naib-naib presiden yang sedia ada, namun mungkin masih ada sedikit ruang kosong untuk calon baru seperti saya bagi turut menyumbang bakti serta membariskan diri dalam kepimpinan Umno di lapisan ketiga," katanya.Beliau berkata, semoga pengumuman itu akan menamatkan keresahan rakan-rakan di peringkat akar umbi yang meminta beliau mengesahkan untuk pencalonan bagi jawatan berkenaan."Mudah-mudahan saya akan diberi kesempatan untuk terus memperkukuhkan parti bersama-sama dengan presiden dan timbalan presiden serta staf kepimpinan yang lain dalam pemilihan pada 16 Disember nanti," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...