Thursday, August 7, 2008

Polis ditahan kes dadah RM1 juta

Aug 6, 08 5:55pm

Ketua polis Johor mengesahkan dua anggotanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan sejumlah dadah dilaporkan berharga RM1 juta dari bilik bahan bukti, Jumaat lepas.Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini berkata dua anggota itu yang ditahan pada Jumaat dan Sabtu lepas kini direman seminggu bagi memberi keterangan mengenai kejadian itu."Cukup saya katakan kita telah menahan dua anggota polis. Saya sahkan mereka ditahan untuk membantu siasatan," katanya di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor, lapor Bernama.Polis juga mengesahkan laporan berhubung kehilangan dadah itu, sebahagian rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lepas, dibuat oleh Jabatan Narkotik Johor, Jumaat lalu.Kehilangan bahan bukti itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Menurut agensi berita itu lagi, Mohd Mokhtar berkata pihaknya tidak menjelaskan butiran kehilangan itu bagi mengelak prejudis kerana bahan itu sebahagian bahan eksibit yang masih dalam perbicaraan.Susulan kejadian itu, tambahnya, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan polis Bukit Aman dalam masa yang sama menghantar satu pasukan tatatertib bagi melakukan pemeriksaan.Satu jawatankuasa yang diketuai timbalannya Datuk Tun Hisan Tun Hamzah akan menyiasat sama ada prosedur simpanan bahan bukti dipatuhi dan laporan itu akan dikemukakan segera.Mohd Mokhtar semalam bagaimanapun menafikan dadah itu bernilai RM1 juta dan menegaskan siasatan sedang dibuat untuk mengenal pasti nilai tersebut.Tiga wartawan masing-masing daripada akhbar The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro yang melaporkan berita kehilangan syabu dari bilik bahan bukti dengan anggaran nilai tersebut dipanggil polis bagi siasatan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di jabatan siasatan jenayah di IPK itu pagi tadi.

http://www1.malaysiakini.com/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...