Thursday, August 7, 2008

Gambar diguna tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR - Pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Dorothy Hussein Wilson bercadang untuk mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat tekstil terkemuka yang didakwa telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk tujuan komersial.
Zahnita, 29, menjelaskan, surat amaran serta satu tuntutan ganti rugi akan dihantar kepada syarikat terbabit esok.
Dalam surat berkenaan, Zahnita juga meminta agar semua poster dan risalah iklan yang telah dikeluarkan oleh gedung terbabit sejak lebih seminggu lalu ditarik semula.
Beliau menjelaskan, pada 22 Julai lalu, beliau telah bersetuju untuk menandatangani satu kontrak yang dijadualkan pada 29 Julai lalu.
Katanya, ia untuk memberi kebenaran gambarnya digunakan dalam poster jualan gedung terbabit.
"Apa yang mengejutkan, pada 26 Julai, saya dapati poster dan risalah yang menggunakan wajah saya sudah pun banyak di sekitar Kuala Lumpur. Sedangkan belum ada sebarang perjanjian secara rasmi," kata Zahnita pada sidang akhbar yang ditemani suaminya, Abd. Zackery Ghouse, 30.
Beliau difahamkan sebanyak 50,000 risalah dan bunting yang menggunakan wajahnya telah dicetak tanpa kebenaran oleh gedung tekstil itu.

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...