Sunday, October 19, 2008

Anis dicerai talak satu


Anis Suraya

KUALA TERENGGANU - "Saya berharap tidak wujud permusuhan antara saya dengan bekas suami demi kebaikan anak kami."

Itulah kata-kata Anis Suraya, 28, yang ditemui di luar mahkamah sejurus diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Wan Kasmizi Wan Kamaruddin, 28, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Anis Suraya yang berbaju kebaya ungu dan bertudung hitam berkata, beliau reda dan menerima dengan tenang penceraian tersebut.

Menurutnya, mahkamah sudah menyerahkan hak penjagaan sementara anak kepadanya dan hak penjagaan penuh akan dibincangkan di mahkamah selepas ini.

Semasa lafaz di hadapan Hakim Syarie, Wan Abd. Malik Wan Sidek sambil disaksikan oleh keluarga masing-masing, Wan Kasmizi kelihatan sebak melepaskan Anis Suraya atau nama penuhnya Tengku Ani Suraya Tengku Sulaiman.

Terdahulu, Wan Kasmizi menyatakan beliau akan menceraikan Anis Suraya sekiranya plaintif tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.

Peguam Anis Suraya, Mokhtar Abdullah kemudian menyatakan anak guamnya itu bersetuju melepaskan hak itu demi kebaikan anak mereka, Puteri Elisya Farzana, 1.

http://www.kosmo.com.my/15102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...