Sunday, October 19, 2008

Harapan Salwanis dapatkan Bilal cerah


KUALA LUMPUR - Harapan ibu malang Salwanis Ma'az, 31, untuk mendapatkan kembali anaknya Bilal (gambar), semakin cerah apabila suaminya Nasir Mahmood Qadri Nisar Ahmed, 39, menghubunginya semalam.

Melalui perbualan telefon di antara mereka berdua, Nasir, seorang warga Pakistan, berjanji untuk memulangkan semula Bilal dalam masa terdekat sekiranya mendapat jaminan keselamatan daripada pihak Badan Pembelaan Sekretariat Pemuda UMNO.

Pengerusi badan berkenaan, Datuk Abdul Azeez Rahim memberitahu sidang akhbar di sini semalam, berita mengenai kesediaan Nasir mengembalikan Bilal ke pangkuan Salwanis dimaklumkan sendiri oleh Salwanis kepadanya.

"Namun bila dan bagaimana caranya belum dapat dipastikan lagi kerana Nasir takut untuk datang ke sini sebab bimbang keselamatannya terancam," katanya.

Jelas Azeez juga, Salwanis turut memberitahu bahawa suaminya akan menghubunginya (esok) hari ini untuk menguruskan pemulangan anaknya itu.

"Apa pun saya akan sedaya upaya membantu Nasir memandangkan tindakannya melarikan Bilal sebelum ini bertenangan dengan undang-undang di negara ini," jelasnya yang memberitahu Nasir takut dirinya ditangkap sekiranya datang semula ke negara ini.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan tentang nasib malang yang menimpa Salwanis selepas Bilal dilarikan oleh suaminya yang berketurunan Pakistan pada 26 Julai lalu.

http://www.kosmo.com.my/15102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...