Wednesday, November 19, 2008

Pengasas Yahoo letak jawatan


GAMBAR fail ini menunjukkan Yang (kiri) bersama Filo (kanan) di Las Vegas pada7 Januari lalu.

--------------------------------------------------------------------------------

SAN FRANCISCO - Pengasas bersama enjin carian Yahoo di internet, Jerry Yang yang menolak tawaran pengambil alihan sebanyak AS$47 bilion (RM169 bilion) daripada Microsoft kini dalam proses meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Yang berumur 40 tahun mengambil alih jawatan (CEO) setahun lalu dan akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya diperoleh.

"Yang dan Lembaga Pengarah telah mengadakan dialog berhubung waktu penggantian dan kita semua bersetuju bahawa kini adalah masa sesuai untuk melakukan peralihan CEO baru," kata Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.

"Kami berasa terhutang budi kepada Yang dan sumbangannya sebagai CEO sejak 18 bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Yahoo, Yang yang mengasaskan enjin carian itu pada 1995 ketika berumur 26 tahun bersama rakan sekelasnya, David Filo dari Universiti Stanford.

Yang kemudian menjadi bilionair apabila syarikat itu disenaraikan pada tahun seterusnya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...