Wednesday, November 19, 2008

Pengsan main permainan komputer

LONDON - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun pengsan dan diserang sawan selepas bermain permainan komputer World of Warcraft selama 24 jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja itu dan tujuh rakan berkumpul di rumahnya di Sweden pada malam Sabtu lalu dan mereka bermain permainan tersebut.

"Mereka bermain sepanjang malam," kata bapa remaja itu kepada pemberita.

Kumpulan remaja itu mungkin lupa untuk tidur selama beberapa jam dan tidak menjamah makanan sepanjang mereka bermain.

Namun, pada kira-kira pukul dua pagi Ahad lalu, remaja itu dilaporkan mengalami sawan menyebabkan ibu bapanya menghantarnya ke sebuah hospital.

Doktor kemudian memberitahu, sistem ketahanan dalam tubuhnya terjejas kerana kekurangan tidur, makanan dan terlalu menumpukan perhatian terhadap permainan komputer.

Remaja itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan.

Bapa remaja itu tidak mengambil mudah mengenai kejadian tersebut dan memberi amaran bahawa ia mungkin terjadi kepada pemuda lain. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...