Tuesday, December 16, 2008

224 lagi disyaki dijangkiti Chikungunya


KUALA LUMPUR: Sejumlah 224 orang disyaki mengalami demam Chikungunya di seluruh negara bagi tempoh 24 hingga 30 Ogos, berbanding 179 orang minggu sebelumnya.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata 94 kes atau 42 peratus daripada jumlah kes itu dikesan melalui aktiviti pengesanan dari rumah ke rumah.

"Kes jangkitan Chikungunya minggu ini dilaporkan di lima negeri iaitu Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah kes terkumpul di seluruh negara 1,703 kes iaitu Johor (996), Melaka (405), Perak (173), Negeri Sembilan (92), Selangor (26), Pahang (lima), Putrajaya (tiga), Sarawak (dua) dan Pulau Pinang (satu).

Dr Hasan berkata penyakit Chikungunya adalah penyakit yang hanya berjangkit daripada gigitan nyamuk Aedes. - Bernama 4-9-2008

http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=328574&extra=page%3D1&page=2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...