Sunday, March 29, 2009

Lelaki cari bapa kandung bakal isteri

MELAKA: Seorang lelaki, Helmi Hakim Leman, 33, dari Lorong Pandan, di sini, ingin mengesan bapa kepada bakal isterinya, Maimunah Marzuki, 20, dari Telok Mas bagi menjadi wali pernikahan mereka yang dijangka diadakan Mei depan.

Helmi Hakim, berkata alamat terakhir bapa kandung bakal isterinya iaitu Marzuki Mohd ialah di No C 154, Jalan Serindit, Temerloh, Pahang.

Menurutnya, Maimunah terputus hubungan dengan bapanya sejak dia diserahkan kepada keluarga angkatnya yang kini menetap di Telok Mas, dekat sini.

Katanya, ibu bapa gadis berkenaan cuma menjenguk bakal isterinya antara dua hingga tiga bulan saja selepas menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkatnya dan sejak itu mereka langsung tidak berhubungan lagi.

“Bakal isteri saya sudah berusaha mengesan keluarganya terutama bapa kandungnya yang perlu menjadi wali pernikahan kami, namun sehingga kini tidak berhasil,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, mereka terpaksa berusaha mencari bapa kandung bakal isterinya bagi melancarkan urusan pernikahan pasangan itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Justeru, katanya, orang ramai yang mengenali bakal mentuanya diharapkan agar dapat menghubunginya di talian 012-6197155.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...