Monday, April 27, 2009

Pembunuh bersiri kumpul seluar dalam mangsa


Markoff (kiri).






NEW YORK – Suspek pembunuh bersiri Craiglist, Philip Markoff gemar mengumpul seluar dalam wanita dan polis percaya diambil daripada mangsa-mangsanya untuk dijadikan cenderamata.

Kes itu diberi nama Craiglist kerana pembunuh memilih mangsa yang mempromosikan diri menerusi agensi Craiglist iaitu sebuah laman iklan yang popular di Amerika Syarikat (AS).

Beberapa pegawai polis semalam mengesahkan, beberapa seluar dalam wanita ditemui di rumah suspek.

Penemuan itu menjadi sebab kenapa polis percaya lebih ramai wanita yang menjadi mangsa serangan Markoff tetapi mereka masih belum tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Mungkin terdapat ramai lagi mangsa,” kata pendakwa raya Dan Conley.

Menurut polis, Markoff yang merupakan seorang pelajar perubatan didakwa membunuh tukang urut yang mengiklankan diri di Craiglist, Julissa Brisman (gambar), 26, dari Manhattan di Hotel Copley Marriott pada 14 April lepas.

Polis percaya motif pembunuhan adalah rompakan dan suspek menggunakan hasil rompakan bagi membayar hutang perjudiannya.

Markoff, 23, dituduh merompak dua wanita yang diumpan menerusi laman web berkenaan dan membunuh salah seorang daripada mangsa.

Dia mengaku tidak bersalah pada Selasa lepas. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...