Monday, April 27, 2009

Sindiket penipuan guna nama Bank Negara

PETALING JAYA - Polis mengenal pasti satu bentuk penipuan membabitkan warga asing yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebanyak 20 kes dilaporkan pada tahun ini yang turut menyasarkan golongan profesional.

"Hampir setiap hari ada kes penipuan seperti ini dilaporkan. Kerugian paling tinggi dilaporkan sebanyak RM43,000," katanya selepas merasmikan pejabat baru Bahagian Siasatan Jenayah Komersil dan Narkotik di Menara Choi Fok On di sini semalam.

Beliau berkata, sindiket tersebut akan menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa mereka mewakili Bank Negara untuk memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit belum dijelaskan.

Sindiket itu juga, katanya, turut mengugut untuk menamatkan perkhidmatan mangsa sekiranya mangsa lambat membuat bayaran.

"Terdapat mangsa yang kebetulan mempunyai tunggakan kad kredit, akan memasukkan duit ke dalam akaun seperti yang diberikan sindiket penipuan tersebut," katanya.

Arjunaidi berkata, polis sukar mengesan sindiket itu kerana akaun bank yang digunakan adalah daripada luar negara dan sentiasa berubah-ubah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...