Thursday, May 14, 2009

3 lagi negara dijangkiti H1N1

KUALA LUMPUR: Tiga lagi negara disahkan dijangkiti virus influenza A (H1N1) di seluruh dunia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33 negara. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiga negara baru yang mencatat kes itu ialah Thailand (dua kes), Finland (dua kes) dan Cuba (satu kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataan di sini semalam berkata, WHO juga mengesahkan jumlah kes di seluruh dunia kini meningkat kepada 5,287 kes dengan 61 kematian, yang terbaru membabitkan lapan nyawa di Mexico.

WHO masih mengekalkan tahap amaran influenza pandemik Fasa Lima dan tidak menyarankan sebarang sekatan daripada segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan serta penutupan sempadan untuk mana-mana negara.

“Bagaimanapun, adalah penting orang awam yang mengalami tanda jangkitan terutama demam, batuk, selesema dan sakit tekak menangguhkan lawatan antarabangsa, manakala mereka yang mengalami tanda berkenaan sebaik pulang dari lawatan antarabangsa perlu mendapatkan rawatan,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...