Thursday, May 14, 2009

Kerajaan mungkin keluar permit import ayam

PUTRAJAYA: Permit import (AP) ayam diliberalisasikan bagi membolehkan ayam diimport dari luar negara selaras dengan usaha mengawal dan memastikan bekalan ayam di negara ini sentiasa mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu satu daripada cara mengurangkan pergantungan bekalan ayam dalam negara, sekali gus menggalakkan pembekal dan peniaga tempatan menjual ayam pada harga lebih rendah.

“Kalau ayam import dijual dengan harga murah, tentu peniaga dan pembekal ayam di peringkat tempatan bekalkan harga ayam dengan harga murah, kalau tidak orang tak beli ayam dibekalkan penternak tempatan.

“Malah, mereka juga menanggung kerugian sekiranya tidak menjual ayam dalam tempoh 35 hari kerana selepas tempoh itu ia dianggap ayam tua dan harganya akan jatuh. Jadi, mereka (pembekal dan peniaga) tiada pilihan dan terpaksa jual dengan harga murah,”
katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini, semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...