Thursday, May 14, 2009

Letak jawatan kerana skandal kekasih





TOKYO - Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshitada Konoike (gambar)meletak jawatan semalam berikutan laporan media bahawa beliau menyalahgunakan pas kereta api percuma untuk lawatan peribadi bersama teman wanitanya.

Peletakan jawatan Konoike yang juga seorang timbalan menteri memberi malu besar kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Taro Aso.

Ia berikutan insiden itu tercetus ketika Aso sedang berusaha memulihkan sokongan terhadap Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinannya menjelang pilihan raya di negara itu.

Sebelum ini, parti pembangkang utama Jepun, Parti Demokratik turut dikejutkan dengan skandal penerimaan dana haram.

Jurucakap kerajaan, Takeo Kawamura berkata, Konoike, 68 sudah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Aso.

Majalah mingguan Shincho melaporkan timbalan menteri itu yang sudah berumah tangga, melakukan lawatan peribadi selama tiga hari ke sebuah resort air panas di Atami, barat Tokyo hujung bulan lalu dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Ketika itu, beliau menggunakan pas percuma tersebut yang dikhaskan kepada Ahli Parlimen bagi kegunaan urusan rasmi untuk menaiki sebuah kereta api laju.

"Kita tidak boleh mencampurkan tugas rasmi dengan urusan peribadi dan pegawai kanan kerajaan perlu mengikuti standard etika yang ketat," kata Kawamura.

Tempat Konoike akan diambil alih oleh anggota Kabinet Aso, Katsuhito Asano.

- AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...