Thursday, May 21, 2009

Geng gadis ditangkap polis kerana ugut wanita


SALAH seorang gadis yang ditangkap polis di Kennington, Britain.


KENNINGTON - Sekumpulan gadis ditangkap oleh polis selepas salah seorang daripada mereka mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu pasukan polis menangkap kumpulan itu yang dianggotai oleh empat gadis di luar sebuah balai polis di sini, selatan London setelah mereka didakwa menakutkan seorang wanita berumur 41 tahun dekat Hyde Park.

Gadis-gadis itu digari selepas beberapa anggota polis menyatakan mereka melihat salah seorang daripada gadis itu mempunyai sepucuk pistol.

Sebelum ini, mereka didakwa meminta seorang wanita yang menjadi mangsa mereka menyerahkan wang.

Namun, apabila wanita itu menyerahkan dompetnya, gadis-gadis tersebut melemparkannya balik dan menyatakan bahawa mereka hanya bergurau.

Bagaimanapun, sumber-sumber polis mendakwa salah seorang gadis itu kemudian mengacukan sepucuk pistol ke arah kepala wanita tersebut dan memetik picunya.

Wanita itu berada dalam keadaan ketakutan tetapi kemudian menyedari bahawa pistol berkenaan tidak mempunyai peluru.

Kumpulan itu dianggotai oleh remaja yang berumur 16, 17, 18 dan 21 tahun. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...