Thursday, May 21, 2009

Tyler kesal menghamilkan gadis



Tyler


LONDON - Seorang remaja, Tyler Barker, 15, yang disahkan sebagai bapa kandung seorang bayi perempuan bernama Maisie menganggap keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, bapa bayi itu dipercayai seorang budak berumur 13 tahun, Alfie Patten.

Tyler menitiskan air mata mengingatkan tindakan yang dilakukannya sehingga menyebabkan rakan wanitanya, Chantelle Stedman, 15, mengandung.

Ketika kejadian mereka berada dalam keadaan mabuk.

Mahkamah Tinggi London memutuskan bahawa Tyler merupakan bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu apabila beliau mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama Chantelle untuk satu malam.

"Melakukan hubungan seks dengannya adalah kesilapan besar yang saya lakukan dalam hidup. Saya berharap ia tidak pernah berlaku.

"Dia pernah mengajak saya keluar beberapa kali namun saya tetap menolaknya.

"Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang budak lelaki tidur beberapa kali bersamanya.

"Tetapi saya tidur dengannya sekali sahaja," kata Tyler.

"Saya tidak menggunakan kondom ketika itu, tetapi Chantelle memberitahu bahawa dia akan memakan pil pencegah kehamilan.

"Saya sangka dia telah menguruskan perkara itu.

"Semua rakan mengejek saya, namun ia bukan bahan lawak bagi saya," tambahnya lagi.

Bapa remaja lelaki itu, Chris Ireland berkata, anaknya itu sangat risau memikirkan nasibnya yang kini menjadi seorang ayah.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...