Thursday, June 25, 2009

Bayi 6 bulan mangsa ke-80

PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan warga Malaysia yang baru pulang dari California, Amerika Syarikat antara 12 kes yang dikesan positif Influeza A (H1N1) sehingga semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 80 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, sehingga 8 pagi semalam, 12 kes dikesan membabitkan 10 kes import baru dan dua penularan tempatan dengan tiga daripadanya membabitkan warga Yaman dan Indonesia.

“Pesakit mempunyai sejarah melawat dan berada di negara terjejas seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Thailand, Filipina dan Australia.

“Semua pesakit yang sudah dimasukkan ke wad dalam keadaan stabil serta sedang menerima rawatan antiviral,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kejadian Wabak H1N1 Bilangan 6/2009 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...