Thursday, June 25, 2009

Radhi kena waran tangkap kali kedua





PETALING JAYA – “Pagi ini dia beritahu saya dia tidak dapat datang ke mahkamah kerana tiada kenderaan.”

Demikian dakwaan Shazlin Shariff, isteri vokalis kumpulan OAG, Radhi yang sekali lagi gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi mendengar sebutan kes pengesahan lafaz cerai mereka.

Menurut bekas ahli kumpulan Girl In Music (GIM) itu, Radhi hanya memaklumkan masalah itu kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pagi semalam.

Shazlin, 30, berkata demikian kepada media di pekarangan mahkamah selepas Radhi, 31, gagal hadir bagi prosiding kes itu semalam.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan sekali lagi terhadap pelakon filem Antoo Fighter. Amukan Drakulat itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...