Thursday, June 25, 2009

Courtney Love kurus kering


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan wajah terbaru Courtney yang pucat dan kurus di New York.


NEW YORK- Penyanyi rock terkenal, Courtney Love mengejutkan peminat-peminatnya selepas dia muncul di khalayak ramai dalam keadaan pucat dan kurus di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berkahwin dengan anggota kumpulan Nirvana, Kurt Cobain pada tahun 1990 kelihatan jauh berbeza jika dibandingkan dengan tubuhnya yang menggiurkan pada tahun 2007.


GAMBAR fail Courtney yang dirakamkan pada 8 Februari 2007.


Gambar terbaru Courtney yang pernah popular menerusi laguUncool dan filem Beat itu dirakamkan di New York kelmarin.

Sebelum ini, dia berusaha mengatasi masalah ketagihan heroin dan kokain.

Namun, sejak tahun 2007, berat badannya mula menurun dan dia mengaku mengalami masalah pemakanan. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...