Friday, August 14, 2009

Belanja untuk berhibur meningkat

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan untuk berhibur dan makan di luar dijangka menjadi keutamaan perbelanjaan rakyat di negara ini bagi tempoh enam bulan akan datang.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh MasterCard, keputusan tersebut menyamai dengan hasil sebelum ini yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lalu.

Penasihat Ekonomi MasterCard Worldwide, Dr. Yuwa Hedrick-Wong berkata, keputusan selidik ini menunjukkan kemelesetan ekonomi global tidak memberi kesan serius kepada golongan kelas pertengahan di bandar-bandar di rantau ini untuk berbelanja berbanding kemelesetan sebelum ini.

"Kami dapati tahap kuasa beli pengguna amat positif seiring dengan keyakinan mereka terhadap hala tuju perbelanjaan domestik yang semakin kukuh pada masa depan,'' katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kajian MasterCard itu telah bermula pada 23 Mac sehingga 18 April lalu dengan melibatkan 9,211 responden dari 21 pasaran, antaranya termasuklah Australia, China, Mesir, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kuwait, Lebanon, New Zealand, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Afrika Selatan, Singapura, Taiwan dan Vietnam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...