Friday, August 14, 2009

Ingat kucing, rupanya mayat bayi


MAYAT seorang bayi dijumpai dalam mangkuk pengepam air di tandas Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Alor Setar semalam.



KERATAN Kosmo! 3 Ogos 2009.


POKOK SENA - Lagi kes buang bayi dalam tandas sekolah.
Kali ini ia berlaku di
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena di sini setelah insiden sama berlaku dalam tandas guru wanita di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun awal bulan ini.

Mayat bayi lelaki itu ditemui oleh seorang tukang cuci pada pukul 11.30 pagi di dalam mangkuk pengepam tandas di tingkat satu blok yang menempatkan pusat sumber sekolah itu.

Tukang cuci itu pada mulanya menyangka mayat itu merupakan bangkai kucing kerana pada mulanya dia hanya ternampak kaki dan tali pusat terjuntai dari mangkuk pengepam air tersebut.

Namun apabila tukang cuci itu mengamati lebih dekat baru dia nampak ia mayat seorang bayi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah berkata, semasa ditemui sebahagian badan mayat bayi yang telah cukup sifat itu berada dalam mangkuk pengepam tersebut.

Menurut beliau, tukang cuci itu telah memaklumkan kepada pengetua sekolah yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena.

"Mayat bayi itu tidak berpakaian dan sudah berbau kerana dipercayai dibuang dalam tempoh dua hari lalu," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Katanya, polis kemudian menahan seorang tukang cuci wanita di sekolah tersebut yang berusia 40an. Suspek dirawat di HSB kerana 'turun darah' semasa bekerja di sekolah Selasa lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...