Menurut Anwar zaid merayu diterima masuk ke parti itu apabila beliau meninggalkan Umno pada 2008. Katanya, Zaid kemudian memohon peranan sebagai pemimpin dalam parti itu.
"Beliau juga minta dijadikan calon untuk Hulu Selangor (pilihan raya kecil parlimen) meskipun mendapat tentangan dari cabang yang membawa bantahan mereka kepada presiden.
Ketua pembangkang itu juga secara sinis berkata beliau jangkakan Zaid tidak  akan menghadapi banyak karenah dalam mendaftarkan parti barunya itu kerana akan  mendapat restu Umno.
"Kita tidak akan dapatnya (kelulusan segera) tetapi  mereka yang disukai oleh Umno boleh. Seperti mana PERKASA dapat,”  katanya.
Ditanya sama ada Zaid perlu atau boleh terus berperanan sebagai  penyelaras PKR, Anwar berkata Zaid sebenarnya tidak pernah dilantik ke jawatan  berkenaan.
"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya  tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua  mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya selepas  menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh.Menurut Anwar, PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai  perkara itu tetapi media masih menggunakannya.
"Dia juga menggunakan  rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi  sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali, membuat  semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar. 
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/148541
 
 
No comments:
Post a Comment