Nov 19, 10 10:42am
Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer  Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor  pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New  York.
 Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21  Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri,  semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan  Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000  nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.
 Pasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang  berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa  John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.
Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.
- AFP
Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.
Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.
- AFP
http://malaysiakini.com/news/148586
 
No comments:
Post a Comment