"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.
"Rancangan saya sekarang, saya akan berjumpa dengan penyokong saya di seluruh negara dan mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang.
"Saya telah banyak bercakap mengenai perjuangan berteraskan kepada kebenaran, berteraskan kepada apa yang betul, saya mahukan parti yang demokratik, parti yang tak banyak sangat karenah, parti yang berteraskan kepentingan rakyat." katanya.
Ramai lagi akan  keluar
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak  menolak kemungkinan ramai lagi anggota PKR akan keluar parti  itu.Zaid berkata beliau akan bertanding  pada pilihan raya umum nanti selepas parti barunya itu ditubuhkan tetapi enggan  menyatakan kawasan yang bakal ditandinginya.
"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Kalaulah gagal tubuh parti baru, terpaksa bertanding sebagai calon bebas."Tapi saya rasa elok bertanding di bawah satu label, ada kawan-kawan sikit lebih bersemangatlah," katanya.
Mengenai penubuhan parti baru, Zaid berkata parti itu akan cuba ditubuhkannya  dalam masa terdekat iaitu sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.Pada 8 Nov lalu, Zaid mengumumkan  menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua  jawatannya dalam parti.
Beliau mendakwa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi  manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung  walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan.
Sehari selepas  pengumuman itu, Zaid mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib  presiden PKR, Azmin Ali supaya meletakkan jawatan kerana mendakwa kedua-dua  mereka adalah punca segala masalah dalam PKR.
Zaid menyertai PKR pada Jun  tahun lalu setelah beliau dipecat daripada Umno. 
Berniat jahat
Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.
Bekas calon Timbalan Presiden parti itu turut menafikan  bahawa kemasukannya dalam PKR kerana mempunyai niat jahat. 
"Saya sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR  dengan anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup dengan yuran yang tinggi kerana  saya pada masa itu ingat inilah parti yang akan memperjuangkan kebenaran,  ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini.
"Saya  amat kecewa bila dituduh sedemikian. saya tidak pernah menubuhkan parti baru  atau merancang apa-apa. Saya sebagai koordinator Pakatan Rakyat walaupun Anwar  kata saya ini bukan koordinator. Tak apalah, koordinator ke kerani ke, itu  terpulanglah," katanya.
http://malaysiakini.com/news/148592
 
 
No comments:
Post a Comment