Nov 19, 10
5:56pm
Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.
Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.
"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.
"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.
Sementara itu, setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.
Mohd Jamil berkata, bantahan telah pun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan guru itu dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.
"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.
"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.
Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM
Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di  negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Dakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk  Seri Azizan Abdul Razak yang mendakwa "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di  beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian  hari ini.
Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung  senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.
Menteri besar itu  berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu  Hitam."Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota  tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya  tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.
Beliau juga  menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga  didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.
"Macam mana isteri  mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada  keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.
Namun,  sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat  dipastikan.
SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan  sama ada akan menyiasat kes berkenaan.
http://malaysiakini.com/news/148647
 
 
No comments:
Post a Comment