Ogos 15, 11
5:59pm
"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.
"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.
Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya.
Ketelusan tinggi
"Ini satu perkara yang  tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu  ketelusan yang sangat tinggi," katanya.
Minggu lalu, MAS dan AirAsia  memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang  sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.
Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham  terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS  manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham  AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar  MAS.
"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya  ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat,"  katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada  urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan  mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.
"Saya juga meminta dalam  isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan  berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana  liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti  air asia yang lebih besar.
"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa  tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat  ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz  berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific  dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan  tidak dapat bersaing maju.
Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila  perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS  kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian  tersebut.
"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian  sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk  mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).
"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
http://malaysiakini.com/news/173087
 
 
No comments:
Post a Comment